Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik

Album Rock Terbaik atau pernah dipecahkan kepada Album Pop Rock Terbaik dan Album Hard Rock Terbaik adalah salah satu kategori yang dipertandingkan menerusi Anugerah Industri Muzik di mana berbentuk trofi mikrofon yang diberikan kepada pasukan produksi rakaman album bergenre rock terbitan rakyat Malaysia yang mencapai merit dan kualiti dalam industri rakaman. Ia disampaikan kepada penerbit dan artis rakaman secara tidak konsisten sejak 1994 hingga 2009 . AIM dianjurkan oleh Recording Industry Malaysia (RIM) dan Persatuan Industri Muzik Malaysia (PAIMM).